Force Z

Force Z adalah sebuah detasmen kapal Tentera Laut Diraja dan Tentera Laut Diraja Australia terdiri daripada kapal perang HMS Prince of Wales, penjajap tempur HMS Repulse dan empat buah kapal pembinasa, HMS Electra, HMS Express, HMS Tenedos, dan HMAS Vampire. Force Z diletakkan di bawah pemerintahan Laksamana Sir Thomas "Tom" Spencer Vaughan Phillips, seorang pegawai ternama Tentera Laut Diraja British. Force Z dihantar ke Singapura bagi mengukuhkan pertahanan Semenanjung Tanah Melayu dan mengelakkan serangan penaklukan oleh pihak Jepun. Pasukan ini tiba di Singapura pada 2 Disember 1941. Apabila detasmen ini menerima laporan bahawa pasukan serangan Jepun sedang bergerak ke arah Semenanjung Tanah Melayu, Laksamana Tom Phillips membawa angkatan ini ke arah utara menuju Singgora untuk berdepan dengan pasukan laut Jepun tersebut. Namun angkatan ini disernag dalam perjalanan mereka pada 10 Disember 1941g oleh kapal terbang pengebom Jepun lalu menenggelamkan HMS Prince Of Wales dan HMS Repulse. 840 orang pegawai dan kelasi daripada kedua-dua kapal berkenaan terbunuh, termasuk Laksamana Tom Phillips yang tenggelam bersama-sama kapal Laksamana, HMS Prince of Wales.